Nama |
Usahawan Makanan Basah : Norashidah Binti Mohd Yusof |
Umur | : 30 tahun |
Ahli |
: 18/05/2010 |
Latar belakang
Merupakan suri rumah tangga sepenuh masa
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Tidak mempunyai pendapatan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau mula berniaga putu piring di kawasan kampung menggunakan whatsapp. Beliau juga pernah dipanggil untuk mengajar peserta Amanah Ikhtiar kawasan Kota Tinggi akan cara membuat putu piring.
Nama |
Usahawan Perhiasan Wanita : Norizan Binti Kamil |
Umur | : 22 tahun |
Ahli |
: 2010 |
Latar belakang
Norizan bekerja sebagai jurujual di sebuah kedai. Beliau mengisi masa lapangnya di kedai dengan menghasilkan aksesori perhiasan wanita seperti gelang tangan daripada manik dan keychain nama
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau mengupah rakannya untuk menyiapkan sticker produknya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau mengikuti kelas Microsoft Powerpoint dan belajar cara mudah menghasilkan sticker untuk produknya.
USAHAWAN KECIL JURUFOTO & DESIGNER
Nama |
:Norzila Binti Mohd Sahid |
USAHAWAN KECIL JURUFOTO & DESIGNER |
Jantina |
: Perempuan |
|
Pekerjaan |
: Bekerja Sendiri |
|
Taraf Pendidikan |
: Sijil SPM Baru-baru ini beliau sering berkunjung ke PI untuk mengikuti kursus Asas Microsoft Office Word, Asas Internet, kursus borong barang dari cina Dan KDB. |
Latar belakang
Puan Norzila Binti Mohd Sahid adalah salah seorang usahawan kecil yang memberi perkhidmatan sebagai seorang jurufoto & designer.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Norzila Binti Mohd Sahid, sebelum ini beliau bekerja makan gaji disebuah syarikat swasta. Namun begitu, beliau berhasrat untuk bekerja sendiri dengan membuka studio (photography) serta mempunyai produk sendiri dan beliau juga berharap bahawa beliau mampu memberi perkhidmatan sebagai seorang jurufoto & designer supaya dapat menghasilkan gambar yang berkualiti. Kebiasaannya, Puan Norzila hanya menjalankan perniagaannya di majlis perkahwinan saudara mara yang mahukan perkhidmatannya sebagai seorang jurufoto & designer. Oleh yang demikian, beliau telah mengajukan pertanyaan kepada Pusat Internet Kg Sri Jaya, serta beliau telah menceritakan serba sedikit berkenaan produk yang beliau telah usahakan baru-baru ini. Pihak PI Kg Sri Jaya ingin membantu dan berharap bahawa Puan Norzila dapat menghadiri setiap kelas mingguan serta program yang akan dianjurkan oleh Pusat Internet Kg Sri Jaya. Cara dan keikhlasan yang telah Puan Norzila berikan membuatkan beliau mudah untuk memahami setiap modul pelajaran yang PI ajarkan, kesungguhan beliau membuatkan pihak PI mendapati prestasi Puan Norzila dalam pengunaan komputer semakin baik dan Puan Norzila juga telah mendapat bantuan Usahawan belia dari Perbadanan Islam Johor. Beliau kini, memperkenalkan studio (photography) beliau melalui FB serta Puan Norzila kini lebih mahir dalam pengunaan kamera dan dapat menghasilkan lebih banyak gambar yang berkualiti.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sedar akan kaedah pemasaran semasa, beliau ke Pusat Internet Kg Sri Jaya bagi mempelajari teknik pamasaran yang terkini, iaitu pemasaran/pengiklanan diatas talian. Terdapat banyak medium pemasaran yang dipelajari oleh beliau seperti, pengiklanan melalui media sosial atas talian. Hasil dari latihan usahawan yang dijalankan di Pusat Internet Kg Sri Jaya, beliau merasakan lebih seronok untuk mempelajari ilmu berkenaan perniagaan.
Walaupun beliau tahu berkenaan teknik pemasaran mengunakan komputer, Puan Norzila Binti Mohd Sahid tetap berkunjung ke PI Kg Sri Jaya bagi mendalami lebih banyak ilmu pengetahuan yang akan di laksanakan berkenaan Teknologi Maklumat (ICT) yang luas di Pusat Internet Kg Sri Jaya.
BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK
Nama |
: Mohd Haikal Bin Jamaludin |
CELIK IT |
Jantina |
: Lelaki |
|
Pekerjaan |
: Pelajar |
|
Taraf Pendidikan |
: Tingkatan 2 (Sekolah Menengah) Beliau gemar mengikuti setiap program yang di anjurkan oleh Pusat Internet Kg Sri Jaya. |
Latar belakang
Adik Mohd Haikal Bin Jamaludin adalah salah seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Lakmana. Semasa Mohd Haikal masih bersekolah rendah, Mohd Haikal amat kurang dalam penggunaan komputer, kerana guru-guru memberi kerja sekolah lebih kepada tulisan dan angka numbor. Namun, selepas melangkau ke alam Sekolah Menengah, semua tugasan yang diberikan oleh guru-guru amatlah perlu untuk diselesaikan serta kebanyakan tugasan tersebut lebih kepada penggunaan Teknologi Komputer. Diatas faktor yang tersebut, Adik Mohd Haikal seharusnya mempelajari Teknologi Komputer dan sekaligus dapat memudahkan Adik Mohd Haikal menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru di sekolah. Disamping itu, pihak sekolah telah menjemput kakitanggan Pusat Internet supaya dapat memberi kerja sama dalam mendidik pelajar-pelajar di sekolah, Pihak PI akan berusaha untuk mendidik pelajar-pelajar sekolah dengan melaksanakan program asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta pihak PI juga menasihati semua pelajar agar sentiasa Klik Dengan Bijak. Oleh yang dimikian, pada waktu cuti sekolah Adik Mohd Haikal telah hadir ke PI Kg Sri Jaya serta menceritakan serba sedikit berkenaan masalah yang dihadapinya dan Adik Mohd Haikal amat memerlukan bantuan didikan daripada Pusat Internet Kg Sri Jaya. Perkembangan Teknologi Maklumat (ICT) menjadikan satu pembelajaran yang baik untuk Adik Mohd Haikal kerana banyak sumber maklumat yang mudah untuk diperolehi dalam masa yang terdekat. Tidak menggira faktor usia dan bangsa, perkembangan Teknologi Maklumat (ICT) amatlah perlu untuk dipelajari supaya semua maklumat tersebut akan memberi kesan yang positif kepada generasi akan datang ulas Adik Mohd Haikal. Adik Mohd Haikal sering kali berkunjung ke Pusat Internet Kg Sri Jaya untuk mencari sumber maklumat berkenaan tugasan yang diberikan oleh guru-guru di sekolah. Untuk mengetahui tahap kecekapan beliau PI Kg Sri Jaya akan menjemput Adik Mohd Haikal supaya dapat menghadirkan diri ke kelas mingguan atau program yang di anjurkan PI Kg Sri Jaya. Kini Adik Mohd Haikal lebih yakin menggunakan komputer dan beliau boleh mengajar rakan-rakannya yang lain apabila mereka mengalami masalah semasa mengunakan komputer.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatannya di PI, Adik Mohd Haikal mengalami masalah untuk menyelesaikan folio, tidak cekap menaip dan agak sukar untuk mengunakan komputer. Semua maklumat yang diperlukan Adik Mohd Haikal, akan memerlukan bantuan dan dicetak oleh petugas PI. Beliau juga tidak tahu bagaimana cara untuk menggunakan peralatan ICT seperti mesin pencetak tanpa bantuan petugas.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Petugas telah memberi panduan kepada peserta mengenai teknik asas menggunakan teknologi email, perisian seperti Microsoft Word dan mencetak dengan menggunakan mesin mencetak di PI. Setelah melalui beberapa latihan dan bengkel ICT di PI, Adik Mohd Haikal Bin Jamaludin telah dapat mahir menaip dengan cekap. Beliau kemudian mencetak dokumen tersebut tanpa bantuan petugas PI.
USAHAWAN MAKANAN
Nama |
:Nur Shakilah Binti Alias |
USAHAWAN KECIL MAKANAN |
Jantina |
:Perempuan |
|
Pekerjaan |
:Suri Rumah |
|
Taraf Pendidikan |
:Sijil SKM Selepas tamat peperiksaan SPM Beliau mendaftarkan diri untuk mengikuti kursus Asas Microsoft Office Word, Asas Internet Dan KDB. |
Latar belakang
Puan Nur Shakilah Binti Alias usahawan kecil makanan (Cheeszas & Sardin Pack) di daerah Ladang Alaf.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Nur Shakilah Binti Alias merupakan usahawan kecil yang menjual produk makanan (Cheeszas & Sardin Pack) serta beliau baru menjalankan perniagaannya secara mulut ke mulut didaerah Ladang Alaf sahaja. Kebiasaannya, Puan Nur Shakilah hanya menjalankan perniagaannya di kawasan berdekatan penempatan beliau. Tapi kali ini apabila sahaja beliau telah hadir ke Pusat Internet Kg Sri Jaya, serta beliau telah menceritakan berkenaan pemasaran produk yang beliau hendak pasarkan, pihak PI Kg Sri Jaya telah menjemput beliau untuk menghadiri setiap kelas mingguan serta program yang akan dianjurkan oleh Pusat Internet Kg Sri Jaya. Setelah beliau dapat menghadirkan diri ke kelas pada setiap minggu, pihak PI mendapati prestasi Puan Nur Shakilah dalam pengunaan komputer semakin baik. Beliau kini, memasarkan produk beliau melalui FB serta Puan Nur Shakilah kini lebih bijak merancang perniagaan dan menguruskan kewangan beliau tanpa melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu kepada anak-anak dan ahli keluarga.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sedar akan kaedah pemasaran semasa, beliau ke PI Kg Sri Jaya bagi mempelajari teknik pamasaran yang terkini, iaitu pemasaran/pengiklanan diatas talian. Terdapat banyak medium pemasaran yang dipelajari oleh beliau seperti, pengiklanan melalui media sosial atas talian. Hasil dari latihan usahawan yang dijalankan di Pi Kg Sri Jaya, beliau merasakan lebih seronok untuk mempelajari ilmu berkenaan perniagaan.
Walaupun beliau tahu berkenaan teknik pemasaran mengunakan komputer, Puan Nur Shakilah tetap berkunjung ke PI Kg Sri Jaya bagi mendalami lebih banyak pengetahuan yang akan di laksanakan berkenaan Teknologi Maklumat (ICT) yang luas di PI Kg Sri Jaya.