hfmd poster

Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia. 
 

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

1. Tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan

2. Bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD

3. Sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh

4. Membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks

5. Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul

6. Membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas

Peringkat Kampung - Klinik Kesihatan

       Pengenalan KD/KK – Klinik Desa Kg Sg Telor terletak dalam  Daerah Kota Tinggi dan Mukim Ulu Sungai Johor. Kawasan operasi Klinik Kesihatan Kg Sg Telor terdiri daripada Kg Tersusun Sri Delim, Sri Aman, Kg Baru Sg Telor dan Kg Tai Hong. Klinik Desa Kg Sg Telor memulakan pembinaan pada tahun 2004, di atas tanah 1.25 ekar. Terletak di sempadan antara Kg Sg Telor dan Kg Sri Jaya. Klinik Desa siap pembinaan pada 2 Mei 2006. 

 

Klinik Desa Kg Seri Jaya  di bawah pengawalan 2 petugas jururawat

1.  JM Nursyaera Bte Mohd Nawi

2.  JM Nurul Afzan Bte Hasimudin

      

Waktu Operasi :

8.00 pagi – 5.00 petang(Ahad-Khamis)

Jumaat dan Sabtu (kes kecemasan sahaja)

 

      Jadual caj perkhidmatan:

                 1.  Caj RM 1.00 dikenakan untuk pesakit luar, kanak–kanak dan perancang keluarga.
                 2.  Percuma untuk kes mengandung & Kanak–kanak  1 tahun, ibu mengandung dan postnatal.
                 3.  Warga asing – RM 15.00

      

Jadual Rawatan Harian:

                 1.  Kesihatan Primer untuk semua.       
                 2.  Pesakit kardiovaskular seperti asma, jantung, diabetis

3.  Ibu mengandung

4.  Kana-kanak 1 – 6 tahun
                 5.  Postnatal dan perancangan keluarga.                     

 

Jenis Perkhidmatan : pesakit luar, klinik ibu dan anak, klinik pergigian.     

"PETUGAS MESRA PENGUNJUNG"

 

 

Peringkat Daerah – Daerah Kota Tinggi

          Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi dirasmikan penubuhannya pada 28hb Januari 1978. Upacara pembukaannya dirasmikan oleh YB Tan Sri Chong Hon Nyan psm. jmn selaku Menteri Kesihatan Malaysia pada waktu itu.  Projek pembinaan ini telah dirancang dan dikelolakan sepenuhnya oleh Jabatan Kerja Raya dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

            Waktu Operasi :

8.00 pagi – 5.00 petang (Ahad - Khamis)

Jumaat dan Sabtu (kes kecemasan sahaja)

 

     Jadual caj perkhidmatan
          1.    Caj RM 1.00 dikenakan untuk pesakit luar, kanak–kanak dan perancang keluarga.
          2.    Percuma untuk kes mengandung & Kanak–kanak  1 tahun, ibu mengandung dan postnatal
          3.    Caj untuk warga asing – RM 15.00

 

     Jadual Rawatan Harian : 
          1.    Kesihatan Primer untuk semua.
          2.    Pesakit kardiovaskular seperti asma, jantung, diabetis dan lain lain.
          3.    Ibu mengandung.
          4.    Kanak-kanak 1 – 6 tahun.
          5.    Postnatal dan perancangan keluarga.

 

Jenis Perkhidmatan : pesakit luar, klinik ibu dan anak, klinik pergigian.

Jumlah kakitangan – 21 orang.

 

Hospital  Kota Tinggi

Pengenalan Hospital

      Hospital Kota Tinggi merupakan sebuah hospital daerah tanpa pakar yang dibina oleh kerajaan untuk memberikan khidmat perubatan kepada penduduk-penduduk di Daerah Kota Tinggi. Ianya terletak satu kilometer dari bandar Kota Tinggi. Pada permulaan pembukaan Hospital Kota Tinggi ini iaitu pada tahun 1913, hospital hanya mempunyai 3 wad yang menempatkan 60 buah katil untuk merawat pesakit.

        Kemudian proses pembaikan dan pengubahsuaian hospital dilakukan secara berterusan pada tahun 1976 hingga 1995 untuk memenuhi keselesaan pesakit yang dirawat di hospital ini. Tahun 2004, bangunan baru 4 tingkat siap dibina bagi menempatkan wad bersalin, wad O&G, wad kanak-kanak (Wad Kenanga), wad kelas dua lelaki (Wad Tanjung Lelaki) dan wad kelas dua perempuan (Wad Tanjung Perempuan).

         Sehingga kini, Hospital Kota Tinggi mempunyai 6 buah wad yang menempatkan 158 katil. Pada tahun 2002, Unit Hemodialisis telah ditubuhkan dengan empat buah mesin hemodialisis dan ditambah dua mesin lagi pada tahun 2006 untuk memberikan rawatan kepada pesakit buah pinggang yang semakin bertambah di Daerah Kota Tinggi.

Waktu Operasi : 
 
Kemalangan dan kecemasan
1.     24 jam untuk kes kecemasan bagi Daerah Kota  Tinggi dan kawasan berhampiran
2.     Selepas waktu  pejabat , pada hari kelepasan mingguan dan  cuti umum, unit ini juga menerima  dan  merawat 
        
kes-kes bukan kecemasan.

Pesakit Luar
 8.00 pagi – 5.00 petang (Ahad - Khamis)
 
Makmal Darah dan tabung darah
 8.00 pagi – 5.00 petang (Ahad - Khamis)
 
Farmasi dan bekalan 
 8.00 pagi – 5.00 petang (Ahad - Khamis)
 
X-Ray
 8.00 pagi – 5.00 petang (Ahad - Khamis)
 

Jadual caj perkhidmatan :

 Caj Dikenakan

 Golongan

 RM 1.00

 Pesakit Luar, kanak-kanak dan perancang keluarga

 RM 15.00

 warga asing

 RM 3.00

 semua kes penyakit berjangkit,

 Percuma

Individu berpendapatan bawah RM300, 
pemegang kad bantuan Kebajikan Masyarakat/ MAIK
OKU, Pelajar Sekolah


WARGANEGARA MALAYSIA
 

Jenis Rawatan 

Perubatan 

 Pembedahan

 Sakit Puan

 Kelas 1

RM 700

RM 1100 

RM 800 

 Kelas 2

 RM 200

 RM 400

 RM 350

 Kelas 3

 RM 20

 RM 30

 RM 15