Daerah dan Mukim - Daerah Kota Tinggi merupakan salah sebuah daerah yang terdapat di negeri Johor, Malaysia. Bandar Kota Tinggi terletak di muara Sungai Johor. Jarak Kota Tinggi lebih kurang 40 km dari bandaraya Johor Bahru. Keluasan Daerah Kota Tinggi ialah 3,488.7 kilometer persegi. Aktiviti ekonomi utama bagi daerah ini ialah perladangan seperti kelapa sawit dan getah, di samping terdapat kegiatan lain seperti perikanan yang terdapat di pesisiran pantai seperti di Tanjung Sedili.  Pelbagai sejarah dan cerita pahit manis boleh diperoleh daripada penduduk sekitar berkenaan Kampung dan kawasannya.

     Daerah Kota Tinggi terdiri daripada kawasan bandar , perkampungan Melayu serta kawasan rancangan Felda . Terdapat juga pertempatan orang asli di daerah ini . 

     Aktiviti ekonomi yang lain ialah perlombongan dan perniagaan. Daerah Kota Tinggi terdiri daripada kawasan bandar, perkampungan Melayu tradisional serta kawasan rancangan tanah Felda. Terdapat juga penempatan orang Asli di daerah ini. Antara tempat-tempat menarik yang boleh dilawati sekiranya berkunjung ke Kota Tinggi ialah air terjun Kota Tinggi yang terletak lebih kurang 16 km dari bandar Kota Tinggi.

      Kota Tinggi juga mempunyai Hutan Lipur Panti. Aktiviti pendakian juga boleh dijalankan di Gunung Panti dan Gunung Muntahak. Selain itu, terdapat juga pantai-pantai yang indah menggamit kehadiran pelancong. Antara pantai yang boleh dilawati seperti Desaru, Tanjung Balau, Batu Layar dan Tanjung Sedili.

      Kampung Sri Jaya mula diterokai sekitar tahun 1978 dan mula dihuni oleh kira–kira 8 orang peneroka pada tahun 1979 dan 1980 secara berperingkat. Kampung Sri Jaya terletak dalam kawasan kampung Sg Telor. Terdapat 6 penempatan di sekitar kawsan Kampung Sri Jaya iaitu :

     Kampung Sri Jaya mempunyai kelebihan infrastruktur yang dibina bagi kemudahan penduduk di sekitar kawasan. Kemudahan yang dibina di kawasan Kampung Sri Jaya ialah klinik desa, balai raya dan telefon awam.