USAHAWAN MAKANAN
Nama |
:Nur Shakilah Binti Alias |
USAHAWAN KECIL MAKANAN |
Jantina |
:Perempuan |
|
Pekerjaan |
:Suri Rumah |
|
Taraf Pendidikan |
:Sijil SKM Selepas tamat peperiksaan SPM Beliau mendaftarkan diri untuk mengikuti kursus Asas Microsoft Office Word, Asas Internet Dan KDB. |
Latar belakang
Puan Nur Shakilah Binti Alias usahawan kecil makanan (Cheeszas & Sardin Pack) di daerah Ladang Alaf.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Nur Shakilah Binti Alias merupakan usahawan kecil yang menjual produk makanan (Cheeszas & Sardin Pack) serta beliau baru menjalankan perniagaannya secara mulut ke mulut didaerah Ladang Alaf sahaja. Kebiasaannya, Puan Nur Shakilah hanya menjalankan perniagaannya di kawasan berdekatan penempatan beliau. Tapi kali ini apabila sahaja beliau telah hadir ke Pusat Internet Kg Sri Jaya, serta beliau telah menceritakan berkenaan pemasaran produk yang beliau hendak pasarkan, pihak PI Kg Sri Jaya telah menjemput beliau untuk menghadiri setiap kelas mingguan serta program yang akan dianjurkan oleh Pusat Internet Kg Sri Jaya. Setelah beliau dapat menghadirkan diri ke kelas pada setiap minggu, pihak PI mendapati prestasi Puan Nur Shakilah dalam pengunaan komputer semakin baik. Beliau kini, memasarkan produk beliau melalui FB serta Puan Nur Shakilah kini lebih bijak merancang perniagaan dan menguruskan kewangan beliau tanpa melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu kepada anak-anak dan ahli keluarga.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sedar akan kaedah pemasaran semasa, beliau ke PI Kg Sri Jaya bagi mempelajari teknik pamasaran yang terkini, iaitu pemasaran/pengiklanan diatas talian. Terdapat banyak medium pemasaran yang dipelajari oleh beliau seperti, pengiklanan melalui media sosial atas talian. Hasil dari latihan usahawan yang dijalankan di Pi Kg Sri Jaya, beliau merasakan lebih seronok untuk mempelajari ilmu berkenaan perniagaan.
Walaupun beliau tahu berkenaan teknik pemasaran mengunakan komputer, Puan Nur Shakilah tetap berkunjung ke PI Kg Sri Jaya bagi mendalami lebih banyak pengetahuan yang akan di laksanakan berkenaan Teknologi Maklumat (ICT) yang luas di PI Kg Sri Jaya.