BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama

Mohd Haikal Bin Jamaludin

                  

 

 CELIK IT

Jantina

: Lelaki

Pekerjaan

: Pelajar

Taraf  Pendidikan

: Tingkatan 2 (Sekolah Menengah)

Beliau gemar mengikuti setiap program yang di anjurkan oleh Pusat Internet Kg Sri Jaya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 Latar belakang

Adik Mohd Haikal Bin Jamaludin adalah salah seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Lakmana. Semasa Mohd Haikal masih bersekolah rendah, Mohd Haikal amat kurang dalam penggunaan komputer, kerana guru-guru memberi kerja sekolah lebih kepada tulisan dan angka numbor. Namun, selepas melangkau ke alam Sekolah Menengah, semua tugasan yang diberikan oleh guru-guru amatlah perlu untuk diselesaikan serta kebanyakan tugasan tersebut lebih kepada penggunaan Teknologi Komputer. Diatas faktor yang tersebut, Adik Mohd Haikal seharusnya mempelajari Teknologi Komputer dan sekaligus dapat memudahkan Adik Mohd Haikal menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh guru di sekolah. Disamping itu, pihak sekolah telah menjemput kakitanggan Pusat Internet supaya dapat memberi kerja sama dalam mendidik pelajar-pelajar di sekolah, Pihak PI akan berusaha untuk mendidik pelajar-pelajar sekolah dengan melaksanakan program asas Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta pihak PI juga menasihati semua pelajar agar sentiasa Klik Dengan Bijak. Oleh yang dimikian, pada waktu cuti sekolah Adik Mohd Haikal telah hadir ke PI Kg Sri Jaya serta menceritakan serba sedikit berkenaan masalah yang dihadapinya dan Adik Mohd Haikal amat memerlukan bantuan didikan daripada Pusat Internet Kg Sri Jaya. Perkembangan Teknologi Maklumat (ICT) menjadikan satu pembelajaran yang baik untuk Adik Mohd Haikal kerana banyak sumber maklumat yang mudah untuk diperolehi dalam masa yang terdekat. Tidak menggira faktor usia dan bangsa, perkembangan Teknologi Maklumat (ICT) amatlah perlu untuk dipelajari supaya semua maklumat tersebut akan memberi kesan yang positif kepada generasi akan datang ulas Adik Mohd Haikal. Adik Mohd Haikal sering kali berkunjung ke Pusat Internet Kg Sri Jaya untuk mencari sumber maklumat berkenaan tugasan yang diberikan oleh guru-guru di sekolah. Untuk mengetahui tahap kecekapan beliau PI Kg Sri Jaya akan menjemput Adik Mohd Haikal supaya dapat menghadirkan diri ke kelas mingguan atau program yang di anjurkan PI Kg Sri Jaya. Kini Adik Mohd Haikal lebih yakin menggunakan komputer dan beliau boleh mengajar rakan-rakannya yang lain apabila mereka mengalami masalah semasa mengunakan komputer.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di PI, Adik Mohd Haikal mengalami masalah untuk menyelesaikan folio, tidak cekap menaip dan agak sukar untuk mengunakan komputer. Semua maklumat yang diperlukan Adik Mohd Haikal, akan memerlukan bantuan dan dicetak oleh petugas PI. Beliau juga tidak tahu bagaimana cara untuk menggunakan peralatan ICT seperti mesin pencetak tanpa bantuan petugas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Petugas telah memberi panduan kepada peserta mengenai teknik asas menggunakan teknologi email, perisian seperti Microsoft Word dan mencetak dengan menggunakan mesin mencetak di PI.  Setelah melalui beberapa latihan dan bengkel ICT di PI, Adik Mohd Haikal Bin Jamaludin telah dapat mahir menaip dengan cekap. Beliau kemudian mencetak dokumen tersebut tanpa bantuan petugas PI.