Kg Seri Jaya dan kampung sekitarnya dijaga oleh komuniti setempat. Setiap masyarakt bertanggungjawab menjaga keselamatan kampung dari pelbagai kegiatan jenayah.  Hasil daripada kesedaran ini, maka telah tertubuhnya pasukan RELA. Antara tanggungjawab pasukan RELA:

            * Menjaga keamanan dan kesejahteraan di sekitar kampung.

            *  Memeriksa dan menangkap pendatang asing tanpa izin (PATI) dengan kerjasama Pihak Polis.

            * Membuat rondaan pencegahan jenayah bersama, dengan kerjasama polis dan pusat belia. 

   

Selain itu, sebagai langkah keselamatan lain, penduduk kampung telah sepakat menubuhkan persatuan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) bagi menjaga keselamatan penduduk.  KRT ini baru ditubuhkn awal tahun 2013 yang disertai oleh penduduk kampung sungai telor dan 5 lagi kampung rangkaian lain.