Kampung Sri Jaya sebenarnya merupakan kawasan  yang sangat strategik berikutan terletak di kedudukan jalan utama antara Kota Tinggi - Kulaijaya.  Tetapi, tiada tempat yang boleh diklasifikasikan sebagai tempat pelancongan di Kg Sri Jaya.  Walau bagaimanapun, terdapat tempat pelancongan lain di kawasan sekitar iaitu di kampung rangkaiannya.  Antaranya ialah:

* Jeti Simpul Kasih Kg Sg Telor - memancing ikan dan udang, aktiviti keluarga

* Homestay Kg Baru Sg Telor - berkonsep privasi

* Sungai Kota Kara Kg Baru Sg Telor - memancing

 

         Walaupun tidak mempunyai banyak tempat pelancongan,tetapi kg sri jaya dan kampung rangkaiannya akan dibanjiri oleh tetamu pada musim tertentu terutama buah-buahan kerana terdapat banyak dusun buah-buahan.  Antara buah-buahan yang popular ialah durian, pulasan, manggis, rambutan, dan lain-lain lagi.

 

KAWASAN PELANCONGAN YANG BOLEH DILAWATI DI DAERAH KOTA TINGGI

1. DESARU

Desaru ialah sebuah kawasan pelancongan pantai di Kota Tinggi, Johor, Malaysia. Ia terletak lebih kurang 88 kilometer timur dari Johor Bahru, di Laut China Selatan. Desaru merupakan sebuah kawasan pelancongan popular bagi rakyat Singapura pada hujung minggu untuk berehat. Berdekatan dengan pantai ini terletaknya Bandar Penawar, yang mana terdapat beberapa sekolah berasrama. Antaranya ialah Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, Sekolah Sukan Bandar Penawar dan Sekolah Menengah kebangsaan Agama Bandar Penawar.

Antara resort dan chalet yang disediakan di pantai Desaru adalah :

 

*Desaru Golden Beach Hotel

*Desaru Golf & Country Club.

*Desaru Golf & Country Resort

*Desaru Golf (Lake Two)

*Desaru Hospitality International

*Desaru Impian Resort,Bandar Penawar

*Desaru Perdana Beach Resort

*Desaru Tennis Ranch Hotel

*Johor Tenggara Hotel

*La Cemara Beach Resort Desaru

*Desaru Fruit Farm Trading 

 

 

2. AIR TERJUN KOTA TINGGI

Air Terjun Kota Tinggi terletak kira-kira 56 km dari Utara Johor Bahru dan 16 km dari Bandar Kota Tinggi. Tempat peranginan ini terdapat 43 bilik hotel moden dan 20 buah chalet persendirian yang dibina dilereng-lereng bukit. Keindahan semula jadi kawasan ini menyegarkan, dan memberikan ketenangan kepada penduduk bandar. Air sungai yang dingin juga menjadi tempat yang sesuai untuk berenang, juga tempat yang bagus untuk berkelah. Ia merupakan tempat yang hebat bagi pencinta alam yang selalu memerhatikan burung, dan pelbagai serangga di sekitar kawasan ini. Bagi mereka yang mahu bermalam di sini, mereka boleh memilih untuk menginap di Kota Tinggi Waterfalls Resort.

 

 

3. KOTA JOHOR LAMA

 

Kota Johor Lama terletak di tebing kiri menghilir Sungai Johor kira-kira 27km dari Bandar Kota Tinggi atau kira-kira 30km dengan darat melalui jalan ke Desaru masuk ke Teluk Sengat. Sejarah Kota Johor Lama bermula pada tahun 1540 apabila Sultan Alauddin Riayat Shah II (Raja Johor Kedua 1528-1564) berpindah ke Tanjung Batu yang terletak di tepi Sungai Johor. Baginda telah mendirikan sebuah kota yang dibina daripada susunan batu dan kemudianya ditambak dengan tanah dan sekarang dikenali sebagai Kota Johor Lama. Dengan terbinanya kota ini, kerajaan Johor menjadi sebuah negeri yang kuat sehingga dapat mematahkan serangan Acheh beberapa kali.

 

4. MUZIUM KOTA TINGGI

Muzium Kota Tinggi terletak 0.5 KM dari Bandar Kota Tinggi, berdekatan dengan persimpangan Jalan Mawai, Jalan ke Desaru dan Jalan Johor Bahru. Umumnya, Muzium Kota Tinggi ini mempamerkan empat fasa peristiwa mengikut urutan kronologi sejarah. Oleh itu tumpuan Muzium Kota Tinggi adalah pada sejarah Kesultanan Johor Lama, Institut Politik dan Sosioekonomi Daerah Kota Tinggi yang meliputi zaman kegemilangan Johor Lama ( 1529-1705 ) hingga ke zaman ini.