USAHAWAN KECIL JURUFOTO & DESIGNER

 

Nama       

:Norzila Binti Mohd Sahid

        

 

 USAHAWAN KECIL

JURUFOTO & DESIGNER

Jantina     

: Perempuan

Pekerjaan  

: Bekerja Sendiri

Taraf  Pendidikan

: Sijil SPM

Baru-baru ini beliau sering berkunjung ke PI untuk mengikuti kursus Asas Microsoft Office Word, Asas Internet, kursus borong barang dari cina Dan KDB.

 

Latar belakang

Puan Norzila Binti Mohd Sahid adalah salah seorang usahawan kecil yang memberi perkhidmatan sebagai seorang jurufoto & designer.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Norzila Binti Mohd Sahid, sebelum ini beliau bekerja makan gaji disebuah syarikat swasta. Namun begitu, beliau berhasrat untuk bekerja sendiri dengan membuka studio (photography) serta mempunyai produk sendiri dan beliau juga berharap bahawa beliau mampu memberi perkhidmatan sebagai seorang jurufoto & designer supaya dapat menghasilkan gambar yang berkualiti. Kebiasaannya, Puan Norzila hanya menjalankan perniagaannya di majlis perkahwinan saudara mara yang mahukan perkhidmatannya sebagai seorang jurufoto & designer. Oleh yang demikian, beliau telah mengajukan pertanyaan kepada Pusat Internet Kg Sri Jaya, serta beliau telah menceritakan serba sedikit berkenaan produk yang beliau telah usahakan baru-baru ini. Pihak PI Kg Sri Jaya ingin membantu dan berharap bahawa Puan Norzila dapat menghadiri setiap kelas mingguan serta program yang akan dianjurkan oleh Pusat Internet Kg Sri Jaya. Cara dan keikhlasan yang telah Puan Norzila berikan membuatkan beliau mudah untuk memahami setiap modul pelajaran yang PI ajarkan, kesungguhan beliau membuatkan pihak PI mendapati prestasi Puan Norzila dalam pengunaan komputer semakin baik dan Puan Norzila juga telah mendapat bantuan Usahawan belia dari Perbadanan Islam Johor. Beliau kini, memperkenalkan studio (photography) beliau melalui FB serta Puan Norzila kini lebih mahir dalam pengunaan kamera dan dapat menghasilkan lebih banyak gambar yang berkualiti.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sedar akan kaedah pemasaran semasa, beliau ke Pusat Internet Kg Sri Jaya bagi mempelajari teknik pamasaran yang terkini, iaitu pemasaran/pengiklanan diatas talian. Terdapat banyak medium pemasaran yang dipelajari oleh beliau seperti, pengiklanan melalui media sosial atas talian. Hasil dari latihan usahawan yang dijalankan di Pusat Internet Kg Sri Jaya, beliau merasakan lebih seronok untuk mempelajari ilmu berkenaan perniagaan.

Walaupun beliau tahu berkenaan teknik pemasaran mengunakan komputer, Puan Norzila Binti Mohd Sahid tetap berkunjung ke PI Kg Sri Jaya bagi mendalami lebih banyak ilmu pengetahuan yang akan di laksanakan berkenaan Teknologi Maklumat (ICT) yang luas di Pusat Internet Kg Sri Jaya.