BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK
Nama |
: Nur Syella Binti Azman |
CELIK IT |
Jantina |
: Perempuan |
|
Pekerjaan |
: Pelajar |
|
Taraf Pendidikan |
: Tingkatan 2 (Sekolah Menengah) Beliau gemar mengikuti setiap program yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg Sri Jaya. |
Latar belakang
Adik Nur Syella Binti Azman adalah seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Lakmana. Beliau adalah salah seorang pelajar yang aktif dalam sukan serta beliau sangat gemar membaca buku dan apabila guru-guru memberi tugasan, beliau akan menyelesaikan tugasan tersebut secara berkumpulan bersama-sama rakan sekelas. Zaman kini ialah zaman berkembangnya Teknologi Maklumat (ICT). Pada pandangan Adik Nur Syella yang juga mahu meningkatkan tahap kemahiran ICT berpendapat bahawa Teknologi pada masa kini amat perlu untuk dipelajari pada semua golongan belia dan dewasa. Oleh yang demikian, beliau sering kali berkunjung ke Pusat Internet Kg Sri Jaya untuk mencari sumber maklumat berkenaan tugasan yang diberikan oleh guru-guru di sekolah. Untuk mengetahui tahap kecekapan beliau PI Kg Sri Jaya akan menjemput Adik Nur Syella supaya dapat menghadirkan diri ke kelas mingguan atau program yang di anjurkan PI Kg Sri Jaya. Kini Adik Nur Syella lebih yakin menggunakan komputer dan beliau boleh mengajar rakan-rakannya yang lain apabila mereka mengalami masalah semasa mengunakan komputer.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatannya di PI, Adik Nur Syella mengalami masalah untuk menyelesaikan folio, tidak cekap menaip dan agak sukar untuk mengunakan komputer. Semua maklumat yang diperlukan Adik Nur Syella, akan memerlukan bantuan dan dicetak oleh petugas PI. Beliau juga tidak tahu bagaimana cara untuk menggunakan peralatan ICT seperti mesin pencetak tanpa bantuan petugas.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Petugas telah memberi panduan kepada peserta mengenai teknik asas menggunakan teknologi email, perisian seperti Microsoft Word dan mencetak dengan menggunakan mesin mencetak di PI. Setelah melalui beberapa latihan dan bengkel ICT di PI, Adik Nur Syella Binti Azman telah dapat mahir menaip dengan cekap. Beliau kemudian mencetak dokumen tersebut tanpa bantuan petugas PI.