Peringkat Kampung - Klinik Kesihatan
Pengenalan KD/KK – Klinik Desa Kg Sg Telor terletak dalam Daerah Kota Tinggi dan Mukim Ulu Sungai Johor. Kawasan operasi Klinik Kesihatan Kg Sg Telor terdiri daripada Kg Tersusun Sri Delim, Sri Aman, Kg Baru Sg Telor dan Kg Tai Hong. Klinik Desa Kg Sg Telor memulakan pembinaan pada tahun 2004, di atas tanah 1.25 ekar. Terletak di sempadan antara Kg Sg Telor dan Kg Sri Jaya. Klinik Desa siap pembinaan pada 2 Mei 2006.
Klinik Desa Kg Seri Jaya di bawah pengawalan 2 petugas jururawat
1. JM Nursyaera Bte Mohd Nawi
2. JM Nurul Afzan Bte Hasimudin
Waktu Operasi :
8.00 pagi – 5.00 petang(Ahad-Khamis)
Jumaat dan Sabtu (kes kecemasan sahaja)
Jadual caj perkhidmatan:
1. Caj RM 1.00 dikenakan untuk pesakit luar, kanak–kanak dan perancang keluarga.
2. Percuma untuk kes mengandung & Kanak–kanak 1 tahun, ibu mengandung dan postnatal.
3. Warga asing – RM 15.00
Jadual Rawatan Harian:
1. Kesihatan Primer untuk semua.
2. Pesakit kardiovaskular seperti asma, jantung, diabetis
3. Ibu mengandung
4. Kana-kanak 1 – 6 tahun
5. Postnatal dan perancangan keluarga.
Jenis Perkhidmatan : pesakit luar, klinik ibu dan anak, klinik pergigian.
"PETUGAS MESRA PENGUNJUNG"
Peringkat Daerah – Daerah Kota Tinggi
Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi dirasmikan penubuhannya pada 28hb Januari 1978. Upacara pembukaannya dirasmikan oleh YB Tan Sri Chong Hon Nyan psm. jmn selaku Menteri Kesihatan Malaysia pada waktu itu. Projek pembinaan ini telah dirancang dan dikelolakan sepenuhnya oleh Jabatan Kerja Raya dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Waktu Operasi :
8.00 pagi – 5.00 petang (Ahad - Khamis)
Jumaat dan Sabtu (kes kecemasan sahaja)
Jadual caj perkhidmatan
1. Caj RM 1.00 dikenakan untuk pesakit luar, kanak–kanak dan perancang keluarga.
2. Percuma untuk kes mengandung & Kanak–kanak 1 tahun, ibu mengandung dan postnatal
3. Caj untuk warga asing – RM 15.00
Jadual Rawatan Harian :
1. Kesihatan Primer untuk semua.
2. Pesakit kardiovaskular seperti asma, jantung, diabetis dan lain lain.
3. Ibu mengandung.
4. Kanak-kanak 1 – 6 tahun.
5. Postnatal dan perancangan keluarga.
Jenis Perkhidmatan : pesakit luar, klinik ibu dan anak, klinik pergigian.
Jumlah kakitangan – 21 orang.
Hospital Kota Tinggi
Pengenalan Hospital
Hospital Kota Tinggi merupakan sebuah hospital daerah tanpa pakar yang dibina oleh kerajaan untuk memberikan khidmat perubatan kepada penduduk-penduduk di Daerah Kota Tinggi. Ianya terletak satu kilometer dari bandar Kota Tinggi. Pada permulaan pembukaan Hospital Kota Tinggi ini iaitu pada tahun 1913, hospital hanya mempunyai 3 wad yang menempatkan 60 buah katil untuk merawat pesakit.
Kemudian proses pembaikan dan pengubahsuaian hospital dilakukan secara berterusan pada tahun 1976 hingga 1995 untuk memenuhi keselesaan pesakit yang dirawat di hospital ini. Tahun 2004, bangunan baru 4 tingkat siap dibina bagi menempatkan wad bersalin, wad O&G, wad kanak-kanak (Wad Kenanga), wad kelas dua lelaki (Wad Tanjung Lelaki) dan wad kelas dua perempuan (Wad Tanjung Perempuan).
Sehingga kini, Hospital Kota Tinggi mempunyai 6 buah wad yang menempatkan 158 katil. Pada tahun 2002, Unit Hemodialisis telah ditubuhkan dengan empat buah mesin hemodialisis dan ditambah dua mesin lagi pada tahun 2006 untuk memberikan rawatan kepada pesakit buah pinggang yang semakin bertambah di Daerah Kota Tinggi.
Waktu Operasi :
Kemalangan dan kecemasan
1. 24 jam untuk kes kecemasan bagi Daerah Kota Tinggi dan kawasan berhampiran
2. Selepas waktu pejabat , pada hari kelepasan mingguan dan cuti umum, unit ini juga menerima dan merawat
kes-kes bukan kecemasan.
Pesakit Luar
8.00 pagi – 5.00 petang (Ahad - Khamis)
Makmal Darah dan tabung darah
8.00 pagi – 5.00 petang (Ahad - Khamis)
Farmasi dan bekalan
8.00 pagi – 5.00 petang (Ahad - Khamis)
X-Ray
8.00 pagi – 5.00 petang (Ahad - Khamis)
Jadual caj perkhidmatan :
Caj Dikenakan |
Golongan |
RM 1.00 |
Pesakit Luar, kanak-kanak dan perancang keluarga |
RM 15.00 |
warga asing |
RM 3.00 |
semua kes penyakit berjangkit, |
Percuma |
Individu berpendapatan bawah RM300, |
WARGANEGARA MALAYSIA
Jenis Rawatan |
Perubatan |
Pembedahan |
Sakit Puan |
Kelas 1 |
RM 700 |
RM 1100 |
RM 800 |
Kelas 2 |
RM 200 |
RM 400 |
RM 350 |
Kelas 3 |
RM 20 |
RM 30 |
RM 15 |