Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sukacita dimaklumkan pada tahun ini pertandingan aktiviti dalam Dashboard Komuniti di lanjutkan lagi, bagi memberi peluang kepada komuniti untuk memenangi hadiah yang ditawarkan sebagai penghargaan kepada komuniti yang memberi sokongan pada aplikasi ini.

Berikut saya lampirkan butiran terperinci berkenaan pertandingan Dashboard Komuniti 2018:

1) Pertandingan Module My Shop (mac-apr)-bermula pada hari ini 26 mac 2018 
2) Pertandingan Module My Health (mei-Ogos)
3) Pertandingan Module My Career (Sept - Dis)

**Setiap Modul mengandungi 20 soalan.
**Soalan akan dikeluarkan pada bila-bila masa sahaja.

Sebarang makluman terperinci sila rujuk pada lampiran berikut;.
1)Poster Pertandingan (petugas boleh menggunakan poster yg disediakan @ poster sendiri untuk menghebahkan dalam DK Pi1M masing-masing) 
2)Syarat-syarat Pertandingan
3)Jumlah pemenang mengikut negeri masing (Pemenang saguhati berbeza mengikut bilangan Pi1M setiap negeri).

Sekian terima kasih.