Tarikh : 21 Disember 2018 (Jumaat) Masa : 7.30 pagi - 12.30 tengah hari Lokasi : Pusat Internet Kg Sri Jaya Peserta : Penduduk Kampung Sri jaya Dan Rangkaian |
Tujuan | |
Program ini dihadiri oleh komuniti setempat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan peringkat umur. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menggalakkan cara hidup sehat dalam kalangan penduduk setempat. |
|
Aktiviti | |
Antara aktiviti yang diadakan ialah pemeriksaan kesihatan KOSPEN, pemeriksaan pergigian oleh Pegawai Pergigian Kota Tinggi, pertandingan bola sepak 9 sebelah, pertandingan mewarna ibu & anak, pertandingan congkak & batu Seremban dan taklimat Klik Dengan Bijak & dashboard komuniti. |
|
Tarikh : 18 Oktober 2018 (Khamis) Masa : 10.00 pagi - 12.30 tengah hari Lokasi : Sk Sungai Telor Peserta : Pelajar Darjah 6 |
Tujuan | |
Program ini dihadiri oleh semua pelajar darjah enam yang bersekolah di Sk Sungai Telor. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi penerangan ringkas tentang perkakas komputer kepada pelajar agar pelajar dapat kenal dan menggunakan perkakas dengan lebih bijak. |
|
Aktiviti | |
Antara aktiviti yang diadakan ialah Taklimat Klik Dengan Bijak agak pelajar tidak menyalahgunakan maklumat-maklumat yang diperoleh daripada internet. Selain itu segala aktiviti yang berlangsung dalam program ini juga bertujuan untuk melepaskan tekanan selepas UPSR kepada pelajar dan juga memberi pendedahan tentang komponen asas komputer kepada pelajar.
|
|
Tarikh : 22 Julai 2018 (Ahad) Masa : 8.00 pagi - 12.30 tengah hari Lokasi : Pusat Internet Kg Sri Jaya Peserta : 50 orang
|
Tujuan | |
Program ini dihadiri oleh 51 orang pengunjung yang duduk berhampiran kawasan ini. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan dashboard komuniti kepada komuniti setempat. |
|
Aktiviti | |
Kami menerangkan fungsi komponen yang terkandung di dalam aplikasi dashboard komuniti dan memberi pendedahan kepada golongan usahawan yang menjalankkan perniagaan atas talian agar berhati-hati sewaktu berurus niaga atas talian. Kami menerangkan beberapa isu keselamatan internet yang terjadi dalam kalangan anak-anak. Sekali gus, menghebahan kewujudan laman web sebenarnya.my agar masyarakat tidak berkongsi cerita yang tidak benar.
|
|
Tarikh : 14 September 2018 (Jumaat) Masa : 9.00 pagi - 12.30 tengah hari Lokasi : Pusat Internet Kg Sri Jaya Peserta : 19 orang |
Tujuan | |
Program ini dihadiri oleh 19 orang pengunjung yang duduk berhampiran kawasan ini. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat setempat tentang keperluan pemasaran yang berkesan dalam perniagaan. | |
Aktiviti | |
Perkongsian tips pemasaran dalam talian yang disampaikan oleh wakil Redlife Sdn Bhd. Golongan belia diberi pendedahan tentang peranan internet dalam pemasaran dalam talian secara berhemah dan berkesan.
|
|
Tarikh | : 06 Jun 2018 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari |
Lokasi | : Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Srijaya, Kota Tinggi, Johor |
Peserta | : 2 orang |
Tujuan | |
Kelas ini dihadiri oleh 2 orang pelajar yang duduk berhampiran kawasan ini. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran mereka dan belajar cara menyiapkan video menggunakan movie maker bertemakan Hari Raya Aidilfitri. Kelas ini juga diadakan untuk menerapkan lagi ilmu mereka. |
|
Aktiviti | |
Peserta diajar mengenai asas penggunaan Movie Maker. Peserta juga diajar cara menyiapkan video Hari Raya Aidilfitri menggunakan Movie Maker. Peserta mengunakan Google sebagai sumber untuk mencari gambar dan audio yang bersesuaian dengan tema hari raya. |
|